Catatan

HADIAH TERBAIK

Imej
Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang: 1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa. 2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan. 3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan. 4. Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan. 5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang. 6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah. 7. Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian. 8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan. 9. Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan. 10. Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan. 11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran. 12. Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman. 13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat. 14. Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan s

TUJUAN MUHASABAH DIRI

Imej
Dalam Islam, muhasabah ini bertujuan untuk memperbaiki hubungan kepada Allah SWT (habluminallah), hubungan kepada sesama manusia (habluminannas), serta hubungan dengan diri sendiri (habluminannafsi). Dengan melakukan muhasabah diri, manusia akan membuka hati dan menyedari segala dosanya. Dengan muhasabah, seorang itu akan tahu banyak dosa yang dilakukan. Sehingga ke depannya, dia akan memperbaiki hal tersebut.

PELIHARA LIDAH KETIKA BERPUASA

Imej
  PELIHARA LIDAH KETIKA BERPUASA Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Apabila seseorang kamu berpuasa : ❌ Janganlah dia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia ❌ Dilarang juga bertengkar dan memaki hamun Apabila dia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendaklah dia berkata : "Sesungguhnya aku berpuasa hari ini." {Riwayat Muslim (1151)} Ramadan bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi kita juga perlu menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Ini adalah salah satu wasilah (jalan) bagi mencapai ketakwaan.  #madrasahruhiyyah

Tips nak mula berubah?

Imej
Niat berubah kerana Allah  Jaga solat Jaga hubungan dengan Allah dan keluarga Cari kawan yang boleh bimbing ke jalan yang benar. berkumpul dengan orang yang faham agama. Mana yang nak berubah, Allah tak pernah nak menghalang, cuma godaan syaitan yang jadi penghalang. Semoga Istiqomah !

"JIKA KITA TIDAK TAHU...."

Imej
Jika kita tidak tahu, maka usah berlagak seperti serba tahu. Jika kita tidak tahu, maka usah malu untuk mengaku. Jika kita tidak tahu, maka usah pula kita cemburu pada mereka yang tahu. Jika kita tidak tahu, maka usah sombong untuk belajar ilmu. Jika kita tidak tahu, maka usah malu untuk bertanya pada orang yang tahu. Jika kita tidak tahu, maka usah rendahkan ego untuk belajar ilmu. Jika kita tidak tahu, maka segeralah untuk menuntut ilmu. Jika kita tidak tahu, maka lapangkan hati dan dada untuk menuntut ilmu. Jika kita tidak tahu, maka lapangkan juga masa untuk menuntut ilmu. Jika kita tidak tahu, maka sediakan bekalan (duit) untuk menuntut ilmu. Jika kita tidak tahu, maka berjumpalah dengan sang guru. Jika kita tidak tahu, maka berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui. #KhalilKongsi

BERSAHURLAH!

Imej
  BERSAHURLAH! Diriwayatkan oleh “Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara bagi puasa kita & puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur. Riwayat Muslim (1096)

Puasa Ramadan Adalah Rukun Islam

Imej
  Puasa Ramadan Adalah Rukun Islam Daripada Ibn Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: Islam dibangunkan di atas lima rukun: 1. Mentauhidkan Allah SWT  2. Mendirikan solat  3. Menunaikan zakat 4. Berpuasa Ramadan  5. Menunaikan haji Lantas seorang lelaki bertanya: Apakah haji dan kemudian puasa Ramadan? Baginda menjawab: “Tidak, puasa Ramadan dan kemudian haji.” Demikian aku mendengarnya daripada Rasulullah SAW (Riwayat Muslim,no.16)